My Add

Saturday 28 July 2012

Putar-belit fakta isu Talam

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 20122: DAP dan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat cuba memutarbelitkan fakta berhubung isu tuntutan dan kutipan semula hutang daripada Talam Corporation Bhd. (Talam).

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini bermati-matian mendakwa kerajaan negeri terdahulu di bawah Barisan Nasional (BN) tidak pernah berusaha mengutip hutang tersebut.

Bagaimanapun, jelas beliau, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok mendedahkan dokumen yang menyatakan kerajaan negeri terdahulu pernah cuba menuntut hutang daripada Talam.

"Teresa mendakwa kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian pada 2005, 2006 dan 2007 yang menunjukkan pentadbiran BN pada ketika itu mengambil langkah mengutip hutang daripada Talam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment