My Add

Saturday 28 July 2012

Hanya 4,371 juta liter air sehari boleh diagih

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Kerajaan Selangor tidak pernah mencadangkan sebarang projek mitigasi air bagi meningkatkan kapasiti loji-loji rawatan air sedia ada di negeri itu sebaliknya berterusan memberi fakta salah sekali gus mengelirukan pengguna.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan beberapa Exconya mengeluarkan fakta berbeza dengan keadaan sebenar, antaranya melibatkan jumlah kapasiti dan agihan air 34 buah loji rawatan air di negeri itu.

Dalam kenyataan itu, kementerian tersebut menjelaskan, jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan sebanyak 4,807 juta liter sehari (JLH) mengikut reka bentuk loji adalah tidak tepat kerana jumlah sebenar adalah 4,581 JLH tidak termasuk masalah kekangan sistem pengeluaran dan sistem pengagihan yang hanya boleh diagihkan kepada pengguna sebanyak 4,371 JLH. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment