My Add

Saturday 28 July 2012

Suu Kyi tidak sokong Rohingya

*SEORANG wanita Rohingya tidak dapat menahan kesedihan mengenangkan nasibnya sambil mendukung anaknya. - Agensi

YANGON, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Pemimpin pembangkang Myanmar, Aung San Suu Kyi dikritik oleh penyokongnya sendiri ekoran keengganan ikon demokrasi itu membuat kenyataan berhubung penindasan yang dilakukan oleh tentera ke atas etnik Rohingya.

Kumpulan aktivis yang menyokong Suu Kyi menuduh ikon hak asasi manusia itu berdiam diri terhadap isu kemanusiaan dan layanan teruk oleh kerajaan kepada etnik Rohingya, yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai etnik paling teruk dianiaya di dunia.

Beliau juga dikritik sengaja mengelak mengulas isu yang telah berlarutan selama lapan minggu di negeri Rakhine, barat Myanmar, di mana beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

Terdapat juga laporan menyatakan pihak tentera memukul, mengugut dan membunuh etnik Rohingya.

Suu Kyi juga enggan mengkritik Presiden Thein Sein, atas tindakan bekas jeneral tentera itu menyokong polisi yang dilihat menggalakkan berlakunya penghapusan etnik.

Thein Sein berkata, kira-kira 800,000 etnik Rohingya perlu ditempatkan di khemah-khemah pelarian dan dihantar ke sempadan Bangladesh.

Pengarah Eksekutif Kempen Myanmar-Britain, Anna Roberts berkata, Suu Kyi berada dalam situasi sukar, namun orang ramai kecewa kerana beliau tidak membuat sebarang pendirian berhubung isu Rohingya.

"Suu Kyi melepaskan peluang untuk membangkitkan isu berhubung hak asasi manusia," kata Brad Adams, Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Asia.

Apabila ditanya mengenai isu Rohingya, Suu Kyi dalam kenyataan kurang jelas menyatakan tentang keperluan 'menghormati kedaulatan undang-undang' atau keperluan undang-undang imigresen yang lebih jelas.

Pendirian kabur beliau itu, sekali gus menunjukkan Suu Kyi menganggap etnik Islam itu sebagai pendatang haram.

Pada ucapan pertamanya di Parlimen pada minggu ini, Suu Kyi menegaskan tentang kepentingan melindungi hak asasi kumpulan minoriti yang lebih merujuk kepada kumpulan penganut Buddha di Karen dan Shan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment