My Add

Saturday 14 July 2012

Hutang: Ah Chai didesak perjelas cara yakinkan PKNS

Oleh SOFIAN BAHAROM
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Pengerusi Talam Corporation Bhd. (Talam), Tan Sri Chan Ah Chai didesak menjelaskan cara yang digunakannya untuk meyakinkan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar agar perbadanan itu mengambil alih hutang syarikat tersebut berjumlah RM392 juta.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Ah Chai juga perlu menjawab sama ada benar hutang Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Universiti Selangor (Unisel) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) diambil alih dengan harga RM10 setiap satu.

"Kita mahu pengesahan daripada beliau. JMM juga meminta Othman menjelaskan mengapa PKNS hanya mengambil alih hutang Talam.

"Rakyat seluruh Selangor ingin tahu mengapa hanya Ah Chai dan Talam yang mendapat kemudahan, manfaat dan keistimewaan yang amat besar daripada PKNS," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment