My Add

Saturday 28 July 2012

Inisiatif tangani krisis air

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi supaya penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mengalami krisis air pada 2014 walaupun mendapat tentangan kerajaan Selangor.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kenyataan di sini hari ini berkata, inisiatif itu dibuat memandangkan kerajaan negeri masih berkeras mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019.

Katanya, setelah kerajaan Persekutuan meluluskan projek-projek tersebut, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan lima daripada lapan projek itu yang bernilai RM301 juta.

Ekoran itu, jelasnya, terdapat percanggahan fakta yang dibuat Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jayakumar bahawa kerajaan negeri memohon RM225 juta daripada kerajaan Pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP 1) dan Sungai Selangor 3 (SSP 3). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment