My Add

Sunday 1 July 2012

Isu lompat parti: UMNO nafi dakwaan Azan Ismail

CAMERON HIGHLANDS, SABTU, 30 Jun, 2012: Kepimpinan UMN0 negeri Pahang menolak dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari PKR berkaitan tawaran lumayan yang diterima beliau untuk lompat parti.
 Datuk Seri Adnan Yaakob

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, dakwaan terbabit tiada kena mengena dengan barisan kepimpinan Umno negeri yang mahukan Azan melompat parti.

“Demi ALLAH, demi Rasulullah, saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri tidak pernah menawarkan kepada beliau (Azan) berjuta-juta ringgit untuk melompat parti.

“Tapi tidak tahu pula kalau ada pihak lain (dalam Umno) berminat lihat Azan sertai parti kita,” katanya selepas Majlis Perasmian Empower, semalam. Adnan berkata, UMN0 Pahang tidak akan menawarkan wang hanya semata-mata memastikan pembangkang melompat parti sekali gus menjadi ahli UMNO..

“Kalau dahulu wujud masalah seperti ini di mana PKR menawarkan ganjaran lumayan kepada Ahli Parlimen kita (UMNO) untuk menyertai parti mereka. Namun kita tidak akan sesekali berbuat begitu,” katanya. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment