My Add

Sunday, 1 July 2012

Jakim, MAIN beri keyakinan kepada pengguna

KUALA LUMPUR, SABTU, SABTU, 30 Jun, 2012: Pendirian tegas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap isu sijil dan logo halal memberi kelegaan kepada pengguna, khususnya yang beragama Islam untuk menggunakan produk makanan dan barangan gunaan dengan selamat.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),Yusof Abd. Rahman berkata, sebelum ini pengguna Islam sentiasa was-was terhadap ungkapan dan logo halal dipamer oleh mana-mana premis di negara ini berikutan isu tersebut yang tidak pernah berakhir.

"FOMCA mengalu-alukan pelaksanaan itu. Pihak-pihak yang masih belum berdaftar dengan Jakim diminta bertindak segera bagi menjamin keselamatan dari segi undang-undang sah Islam," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Jakim dan majlis agama Islam negeri (MAIN) bahawa hanya sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh dua majlis agama tersebut dibenarkan berada di pasaran bermula esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment