My Add

Sunday 1 July 2012

RAJA Permaisuri Agong rasmi Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2012

*TUANKU Hajah Haminah tertarik dengan gubahan bunga mawar selepas berkenan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012) di Presint 2, Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA, SABTU, 30 Jun, 2012 Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012) di sini.

Seri Paduka turut meluangkan masa hampir sejam setengah untuk melawat pameran yang dikendalikan oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta Perbadanan Putrajaya (PPj).

Lawatan Tuanku Haminah berakhir di kawasan pavilion yang menempatkan pameran pelbagai gubahan bunga yang menarik dan berwarna-warni oleh peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari China, Hong Kong, Jepun, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment