My Add

Wednesday 25 July 2012

Pas miliki sindrom keyakinan palsu

KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Pas dilihat memiliki sindrom keyakinan palsu yang bukan sahaja berbohong kepada ahli-ahlinya malah diri sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, pembohongan tersebut menyebabkan Pas kelihatan selalu dibuli oleh sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pas juga masih keliru daripada segi keutamaan dalam kaedah perjuangan Islam yang sesuai di Malaysia.

"Pemimpin mereka sering bercanggah antara satu sama lain yang mengakibatkan beberapa pemimpin utama tersingkir seperti bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang tetap mempertahankan dakwaannya berhubung kesediaan Karpal Singh berkompromi untuk melaksanakan hukum hudud walaupun disanggah oleh Pengerusi DAP itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment