My Add

Thursday 5 July 2012

Tiga timbalan pendakwa raya disapina sebagai saksi

SHAH ALAM, RABU, 04 Julai, 2012: Dengan tidak semena-mena, tiga timbalan pendakwa raya yang mengendalikan perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima sapina sebagai saksi dalam permohonan pihak pembelaan untuk memadamkan bahan bukti dalam kes tersebut.

Sapina tersebut 'dialamatkan' kepada Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani dan diterima oleh mereka kira-kira pukul 1 tengah hari.

Terdahulu, sebelum sapina tersebut dikeluarkan, peguam, Gurbachan Singh memohon agar rekod prosiding membabitkan bekas pekerja ladang, U. Suresh, 27, dan mekanik, K. Sarawanan, 21, yang mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan mayat mangsa di Mahkamah Majistret Teluk Datok dipadamkan atas alasan ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kesemua tertuduh kes itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment