My Add

Friday 27 July 2012

Kadar jenayah di Perlis turun 28.71% Jan-Julai

KANGAR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Kadar jenayah di Perlis bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini turun sebanyak 28.71 peratus, kata Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron.

Beliau berkata, statistik antara 1 Januari dan 24 Julai lepas menunjukkan 504 kes jenayah dilapor di Perlis berbanding 707 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Polis akan terus berusaha mengurangkan lagi kadar itu, katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan solat Tarawih kontinjen Polis Perlis bersama Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid di sini malam tadi.

Beliau berkata, tindakan pencegahan oleh polis serta program kesedaran jenayah di kalangan orang awam juga sentiasa dipertingkat dan dilakukan pengubahsuaian sejajar keperluan dan situasi semasa.

Zull Aznam berkata, pihaknya juga bercadang memantapkan prosedur pelaksanaan tugas badan sukarela seperti Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi meningkatkan keberkesanan tugasan mereka. – BERNAMA


No comments:

Post a Comment