My Add

Tuesday 17 July 2012

Kakitangan penjara perlu lengkap diri dengan ilmu, kemahiran

TAIPING, SELASA, 17 Julai, 20122: Kakitangan Jabatan Penjara perlu membuat persediaan awal untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan tugas yang diberikan kerana masyarakat kini lebih berpengetahuan serta peka mengenai perundangan dan hak asasi pesalah. 

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata, cabaran yang dihadapi setiap anggota penjara kini semakin mencabar kerana dengan sedikit kesilapan atau kecuaian ia boleh mendatangkan implikasi buruk kepada anggota sekaligus menjejaskan imej jabatan dan kerajaan. 

"Kita perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan seta kemahiran diri. Mereka (anggota) harus menerokai seterusnya menguasai teknologi moden yang ada kerana ia merupakan perkhidmatan yang dikehendaki pelanggan yang semakin hari semakin bijak menilai," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perbarisan tamat Latihan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2012 di Pusat Latihan Pegawai Penjara di sini hari ini. 

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan anugerah kepada pelatih Terbaik keseluruhan, pelatih latihan luar wadar, pelatih terbaik menembak wadar dan pelatih terbaik akademik wadar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment