My Add

Sunday 1 July 2012

Kebolehan Indet tarik perhatian pihak berkuasa

*PETUGAS Sarawak Forestry Corporation memeriksa buaya betina yang ditangkap pada operasi memburu buaya di Sungai Seblak, Roban, Saratok, Sarawak, semalam. - MINGGUAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

SARATOK, SABTU, 30 Jun, 2012: Kebolehan pawang buaya tersohor dari Betong, Indet Sanabong, 49, menundukkan 'sang bedal' dengan tangan kosong menarik perhatian pihak berkuasa untuk menggunakan khidmatnya.

Bermula petang ini, Indet yang ditemani adiknya, Tinggi, 45, sekali lagi turun ke Sungai Seblak untuk memasang lima umpan bagi menangkap buaya menggunakan kaedah tradisional.

Jika pada Isnin hingga Rabu lalu, dia hanya mencari buaya yang pernah membaham manusia atau bersubahat dengan perbuatan itu, misinya kali ini adalah untuk menangkap mana-mana buaya yang berkeliaran di Sungai Seblak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment