My Add

Sunday 1 July 2012

PKNS: Tarik balik permohonan

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR, SABTU, 30 Jun, 2012: Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didesak menarik balik permohonan projek pembangunan di padang PKNS Kelana Jaya, Selangor sebagai menghormati bantahan rakyat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, penduduk di kawasan itu tidak pernah mengizinkan sebarang penukaran status zon padang itu dilaksanakan, sebaliknya ia terus kekal sebagai kawasan hijau dan tempat rekreasi.

''Kawasan padang itu merupakan kawasan hijau yang langsung tidak sesuai untuk dibangunkan pusat komersial.

''Justeru, PKNS perlu menghormati keputusan yang dibuat dahulu iaitu diwartakan sebagai kawasan hijau, sekali gus membatalkan sebarang perjanjian membabitkan penukaran status padang itu,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment