My Add

Monday 23 July 2012

Kemalangan bawa polis temui pelbagai dadah

MELAKA, ISNIN, 23 Julai, 2012:Berpunca daripada satu kemalangan jalan raya, polis berjaya menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM584,958 dipercayai bagi edaran di negeri Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Supt. Md. Azmi Othman berkata, kegiatan pengedaran dadah itu dikesan selepas seorang lelaki berusia 36 tahun yang memandu proton Iswara melanggar belakang sebuah lori berhampiran simpang Hicom Alor Gajah pada 7.15 pagi, 18 Julai lepas.

Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit berkelakuan mencurigakan apabila memegang erat dua buah beg walaupun berada dalam keadaan kesakitan selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

"Susulan daripada kejadian tersebut, beberapa anggota narkotik dari Ibu pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah bergegas ke Hospital Alor Gajah di mana lelaki terbabit mendapat rawatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment