My Add

Monday 23 July 2012

Sumbangan kaki palsu kepada 14 pesakit

GEORGETOWN , ISNIN, 23 Julai, 2012: Majlis Datuk-Datuk Pulau Pinang hari ini menyumbang kaki palsu kepada 14 pesakit yang dirawat di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sumbangan diberikan kepada pesakit yang tidak mempunyai polisi insurans, tidak mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan yang bekerja sendiri.

Presidennya, Datuk Markend D. Joshi berkata, sumbangan secara keseluruhan bernilai RM45,000 itu merupakan aktiviti kebajikan tahunan majlis berkenaan.

"Jabatan Perubatan Rehabilitasi memberi kerjasama dengan menyenarai pendek jumlah pesakit yang layak dan kami salurkan bantuan secara berperingkat kepada 60 orang penerima setiap tahun,” katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan tersebut.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment