Shafie Nor

My Add

Saturday, 14 July 2012

Kenyataan Musa soal kadar jenayah bersifat peribadi: KPN

KOTA SAMARAHAN: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar indeks sebenar jenayah di negara ini masih tinggi sebagai bersifat peribadi. 

Beliau berkata, kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI). 

"Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau (Tan Sri Musa) dan beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini berhubung statistik semasa," katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia kali ke-8 di Universiti Malaysia Sarawak di sini. 

Katanya, memang diakui ada berlaku kes jenayah dalam negara namun keadaan terkawal. 

Ismail berkata, masyarakat umum tidak perlu bimbang kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memastikan rakyat di negara ini berasa selamat daripada ancaman penjenayah. 

Musa, dalam temu bual yang dibuat bersama sebuah laman portal, berkata polis cuba menyembunyikan kadar sebenar jenayah di negara ini dan memaklumkan tahap keselamatan orang awam berada pada peringkat yang membimbangkan. 

Bagaimanapun, baru-baru ini dilaporkan kes jenayah turun sebanyak 10.1 peratus kepada 63,221 kes antara Januari dan Mei berbanding 70,343 kes pada tempoh sama tahun lalu. 

Dalam pada itu, Ismail berkata, untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PDRM ke tahap dunia, lebih banyak anggota yang berpendidikan tinggi akan diserap ke dalam pasukan itu, misalnya anggota Kor Suksis yang telah menamatkan pengajian. 

Katanya, PDRM kini mempunyai pelan lima tahun untuk mencapai matlamat pasukan polis yang berkelas dunia. 

"PDRM sebenarnya mendapat banyak pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui beberapa penyertaan misi pengaman dunia selain turut menerima permohonan daripada beberapa negara untuk membangunkan sistem kepolisan di negara masing-masing," katanya. - BERNAMA
Posted by shafie at 17:34
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Followers

Blog Archive

  • ►  2014 (5774)
    • ►  July (18)
    • ►  June (1224)
    • ►  May (1600)
    • ►  April (1296)
    • ►  March (495)
    • ►  February (600)
    • ►  January (541)
  • ►  2013 (19791)
    • ►  December (757)
    • ►  November (991)
    • ►  October (1420)
    • ►  September (1288)
    • ►  August (1795)
    • ►  July (2239)
    • ►  June (2071)
    • ►  May (1877)
    • ►  April (1881)
    • ►  March (1936)
    • ►  February (1623)
    • ►  January (1913)
  • ▼  2012 (18323)
    • ►  December (1706)
    • ►  November (1635)
    • ►  October (1766)
    • ►  September (1359)
    • ►  August (1574)
    • ▼  July (1631)
      • Bayar saman trafik serta-merta dicadang
      • Mayat bayi lelaki ditemui di Taman Salak Jaya
      • Majikan dinasihat periksa ijazah pekerja
      • Pengurus ladang getah maut ditembak
      • Waran tangkap terhadap lelaki menyamar pegawai
      • Hafiz AF disaman bekas pengurus pentas
      • Sambutan Hari Pahlawan 2012
      • CUEPACS harap bonus khas untuk pesara KWSP
      • Keadaan berjerebu di P Pinang bertambah buruk
      • RISDA berhasrat ikut jejak FELDA
      • Kualiti udara di Pelabuhan Klang tidak sihat
      • Bayar saman trafik serta-merta dicadang
      • Agong perkenan batal pelantikan Lajim
      • Suaram tidak ditubuh ikut Akta Perniagaan atau Akt...
      • RM500 juta siapkan lebuh raya Hulu Terengganu-Hulu...
      • JKKP Terengganu periksa keselamatan di sekolah
      • Suara Inisiatif didaftar sebagai syarikat perbadan...
      • Pembayan pencen Perkeso pada 14 Ogos
      • Kartunis Zunar menang kes saman kerajaan
      • Pelajar maut motosikal langgar kereta
      • Dadah: Nelayan terlepas hukuman gantung
      • Tiga lelaki disyaki pengedar dadah diberkas
      • TEKUN Nasional lahir 220,000 usahawan
      • AES mula dilaksanakan 12 Ogos
      • Perkauman: Serena sokong singkir Morganella
      • Olimpik: Pelajar sekolah 15 tahun raih emas
      • UMNO beri masa 14 hari kepada Lajim Ukin
      • Pasukan Petugas Khas dibentuk
      • * TRX tarik FDI lebih RM3.5 bilion
      • Keluarga mahu tahu punca sebenar kematian Syaleza
      • Polis tahan suami eksekutif TV9
      • Jawi kemuka bantahan
      • Inspektor mengaku tidak bersalah
      • Kejatuhan harga minyak mentah tIDak jejas Bajet 2013
      • Pasukan Petugas Khas dibentuk
      • Demonstrasi: Pakar UK, AS kongsi pengalaman
      • Isu air Selangor harus ditangani segera - Kee Sin
      • Dua pemandu maut, satu parah
      • Adi Putra ditipu RM19,000 melalui pelaburan di Int...
      • Mercun bernilai RM180,000 dirampas
      • RM70 juta bantu golongan miskin
      • Maklumat veteran ATM dalam 1 pangkalan data
      • Dong Zong dikutuk keras politikkan isu pendidikan
      • Banteras kebanjiran pusat urut
      • PBT tiada kuasa tangani pusat judi
      • Titik panas meningkat, kualiti udara merosot
      • Sebahagian selatan Thailand diselubung jerebu
      • Pusat beli belah digalak guna polis bantuan
      • Felcra agih dividen RM400 juta kepada 85,000 peserta
      • Edar dadah: Pekerja perbandaran dihukum gantung
      • Tertuduh meninggal ketika pertuduhan dibaca
      • Karpal: Hudud bukan inti manifesto Pakatan
      • PM lancar hab ekonomi Tun Razak Exchange bernilai ...
      • Zahid harap UMNO dan BN Sabah tidak pandang ringan
      • Syarikat senjata tempatan mampu hasil 200,000 sena...
      • Tindakan Bumburing, Lajim bukan ancaman BN
      • Hukuman ke atas warga Singapura seludup kanak-kana...
      • Syria: KPT akan keluar kenyataan rasmi
      • Mangsa terakhir kapal MISC terbakar ditemui dalam ...
      • Polis sahkan kematian seorang pelajar MTD
      • 2 pistol, 10 parang dirampas
      • Cuti umum Aidilftiri diperluas ke Songkhla
      • Kedah ambil jurulatih Croatia ganti Wan Jamak
      • Belanjawan 2013: Perbincangan bidang fokus dimuktamad
      • Pemandu teksi dipenjara seludup kanak-kanak
      • Mangsa kelima kemalangan meninggal dunia
      • Pelbagai mercun bernilai RM180,000 dirampas
      • Adinda bongsu Sultan Selangor mangkat
      • Polis tahan wanita berhubung kes baling bahan letupan
      • Polis buru lelaki Thai berhubung kes bunuh warga I...
      • Ketua Polis Selangor sahkan Syaleza mati dijerut
      • BN terima kesan jika Lajim bertanding
      • Olimpik: Malaysia masih ketandusan pingat
      • Ahmad Sarji puji prestasi atlit menembak dan lawan...
      • Operasi cari krew Bunga Alpinia diteruskan
      • Ahli keluarga terdekat eksekutif TV9 ditahan
      • Kes baling bahan letupan: Wanita ditahan
      • TKM Sabah mahu kontraktor laksana projek ikut pros...
      • Pasukan khas kesan kumpulan pecah rumah di P. Pinang
      • Saingan Atlet Malaysia
      • Legoland Malaysia dibuka 15 September ini
      • Siasat penindasan etnik Rohingya - PBB
      • Bonus tidak jejas kewangan negara
      • JAIM tahan 30 pengunjung pusat hiburan
      • 3 golongan ancam keselamatan
      • Duit raya untuk peneroka
      • Janji ditunai
      • Ibu tunggal gembira terima hadiah raya
      • Siasatan ke atas Suaram hampir siap
      • Kembar siam tunjuk reaksi memberangsangkan
      • Anak pisang tumbuh dalam buah kelapa
      • Krisis air akan jejas 300,000 peniaga
      • Bantah kerajaan Pulau Pinang bina rumah mayat sebe...
      • Eksport ikan mungkin disekat
      • Positif ramuan hidup penerima buah pinggang
      • Polis tahan 11 pelacur
      • 186 ditahan dalam Ops Khas trafik
      • Mangsa mercun berisiko buta
      • Budak perempuan dilarikan daripada penjaga sah
      • Jangan biar pengguna Facebook fitnah polis'
    • ►  June (1511)
    • ►  May (1536)
    • ►  April (1319)
    • ►  March (1308)
    • ►  February (1514)
    • ►  January (1464)
  • ►  2011 (2867)
    • ►  December (1260)
    • ►  November (696)
    • ►  October (609)
    • ►  September (231)
    • ►  August (35)
    • ►  July (11)
    • ►  June (25)

Mylink

  • Chedet
  • MyKMU

About Me

My photo
shafie
SAYA dilahirkan di Kampong Sanglang, Kedah dalam tahun 1942. Bapa dan ibu adalah petani. Saya memulakan kerjaya sebagai pemberita sambilan lebih tiga tahun, kemudian sebagai pemberita tetap dengan akhbar Berita Harian (Jun 1966-1975 dan 1979-1982). Saya dilantik sebagai pegawai di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, mengetuai penerbitan akhbar Merdeka, sebagai Ketua Pengarang sehingga tahun 1988. Pernah menerbitkan akhbar mingguan Pelita Rakyat dan Pengarang Harian akhbar harian Watan. Antara buku yang dihasilkan termasuk: Mahathir: Cita-cita dan pencapaian {bersama Dr Harun Derauh) Dosa-Dosa Tengku Razaleigh. Mahathir-Harun: Rumah Rehat Anak Bukit Pekong Pas dan Mahathir dan Krisis.
View my complete profile

Total Pageviews

Picture Window theme. Powered by Blogger.