My Add

Saturday 14 July 2012

Rakyat yang kritik kerajaan, pemimpin tidak kena tindakan

KUALA KANGSAR, SABTU, 14 Julai, 2012: Rakyat yang mengkritik kerajaan dan pemimpinnya tidak akan dikenakan sebarang tindakan apabila Akta Keharmonian Nasional dikuatkuasakan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata ini kerana peruntukan membolehkan tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang mengkritik kerajaan seperti terkandung dalam Akta Hasutan 1948, tiada dalam Akta Keharmonian Nasional yang akan digubal nanti. 

Bagaimanapun, katanya, akta baru itu akan terus mengekal dan memperkemaskan perkara sensitif seperti institusi raja dan keharmonian kaum. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang futsal di Taman Kuala Kangsar di sini, sebentar tadi. - BH

No comments:

Post a Comment