My Add

Sunday 22 July 2012

Kerajaan beri lebih RM25 juta bantu selesai geran komunal

KENINGAU, AHAD, 22 Julai, 2012: Kerajaan Pusat pada awal bulan ini meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM25.7 juta kepada Hak Adat Anak Negeri di Sabah bagi membantu dam menyokong usaha-usaha kerajaan negeri menangani isu tuntutan tanah.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata, ia melibatkan kos pengukuran geran komunal sebanyak RM22 juta dan RM2.8 juta diperlukan untuk penubuhan Unit Khas Anak Negeri.

"Baki daripada keseluruhan peruntukan itu ialah untuk mewujudkan pangkalan data pemilikan hartanah Native Title (NT). Peruntukan pertama berjumlah RM5.72 juta telah disalur kepada Jabatan Tanah dan Ukur pada 14 November 2011 dan telah disimpan dalam akaun amanah Kerajaan Negeri," katanya di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment