My Add

Wednesday 18 July 2012

Konflik runcing, Selangor mahu rombak SYABAS

SHAH ALAM, RABU, 18 Julai, 2012: Konflik antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Negeri Selangor dilihat meruncing dengan perkembangan terbaru - pentadbiran kerajaan negeri memutuskan untuk merombak pengurusan syarikat pembekalan air itu.

Langkah 'step-in' diumumkan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini, laoor Sinar Harian

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan, petang ini.

Dua hari lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih pengurusan Syabas dalam tempoh dua minggu ini ekoran cadangannya mahu mengadakan catuan air di kawasan utama di Lembah Klang.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor berkata pihaknya perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Pusat selari dengan perjanjian semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Di bawah proses rombakan pengurusan ini, Xavier berkata, semua kakitangan Syabas dalam kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran pertengahan akan dikekalkan, sebaliknya hanya melibatkan peringkat pengurusan kanan.

"Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

"Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi," kata beliau.

Dalam kenyataan itu, kata beliau, Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air kerana Syabas tidak diperuntukkan kuasa tersebut dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moralkepada rakyat Selangor.

"Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri.

"Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik," katanya lagi.

Tambah beliau, lanjutan kepada pengumuman oleh Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini, pihaknya mengambil langkah terbaru ini.


Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya, Ir V Subramaniam berkata, tuduhan dibuat Menteri Besar Selangor kelmarin tidak berasas kerana mendakwa Kerajaan Selangor menjadi punca berlakunya krisis bekalan air di sebahagian kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Malah semalam juga, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syabas.

Katanya, pengambilalihan tanggungjawab itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu dimaklumkan.

BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA PENUH DIKELUARKAN PETANG INI:

"Semua Kakitangan Syabas Dikekalkan Kecuali Pengurusan Kanan Syabas Dalam Proses ‘Step-In’ Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Negeri membidas saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri agar Kerajaan Negeri Selangor perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) seperti yang disiarkan oleh beberapa media perdana pada hari ini.

Kerajaan Negeri curiga dengan tindakan beliau sebagai orang nombor dua negara dan juga seorang penjawat awam yang bercakap menyebelahi Syabas, sebuah syarikat yang berpaksikan keuntungan komersial, mendahului kepentingan syarikat dan pemegang-pemegang sahamnya sahaja.

Dalam kata lain, Muhyuddin lebih mengutamakan keuntungan sebuah syarikat melebihi kepentingan lebih 5.7 juta orang rakyat Selangor yang menggunakan air untuk keperluan harian mereka.

Sepatutnya, Muhyiddin menyokong usaha-usaha Kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat Selangor dan bukannya kepentingan sebuah syarikat semata-mata.

Kita juga ingin menegaskan di sini bahawa Syabas tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mencadang atau mengumumkan sebarang bentuk program catuan air kerana Syabas tidak diperuntukkan kuasa tersebut di dalam perjanjian konsesi air tersebut mahupun dari segi obligasi moral kepada rakyat Selangor.

Hanya Kerajaan Negeri diberikan kuasa mengumumkan catuan air, itupun hanya dibenarkan dalam situasi kecemasan dan darurat setelah dibawa dalam mesyuarat Majlis Gerakan Negeri (Mageran).

Kita juga menyarankan Syabas agar berhenti membuat kenyataan mengenai apa-apa catuan air kerana Syabas dilihat berlagak umpama sebuah parti politik.

Lanjutan kepada pengumuman oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor yang menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 perjanjian konsesi air untuk ‘step in’ dalam memantau perkhidmatan operasi Syabas baru-baru ini.

Lantaran itu , Kerajaan Negeri ingin mengumumkan di sini bahawa:

Semua kakitangan Syabas di bawah kategori teknikal dan kakitangan serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan manakala pegawai-pegawai di peringkat pengurusan kanan akan dirombak semula.

Jadi kita harap kakitangan Syabas yang banyak pengalaman serta berdedikasi kepada syarikat agar tidak berasa cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step-in’ Kerajaan Negeri tidak berapa lama lagi."

No comments:

Post a Comment