My Add

Saturday 28 July 2012

Lajim perlu nyata pendirian tegas - Khairy

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin digesa menyatakan pendirian tegas berhubung dakwaan kononnya beliau mahu meninggalkan UMNO.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendirian itu perlu dibuat segera memandangkan banyak tindakan dan kenyataan beliau kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah dakwaan tersebut benar.

Pada masa sama, tegas beliau, tindakan Lajim yang dilihat sering mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan dasar parti dan kerajaan adalah tidak wajar.

"Kami menghormati beliau sebagai seorang pemimpin berpengalaman dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, tetapi tindakannya itu sudah melampau.

"Jika sudah tidak lagi mahu bersama parti, lebih baik beliau meletakkan jawatan dan bukannya menunggu dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment