My Add

Sunday 1 July 2012

Langkah bijak, kata Nor Yakcop

BUTTERWORTH, SABTU, 30 Jun, 2012: Kerajaan melaksanakan langkah bijak apabila menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad. (FGV) di Bursa Malaysia yang mencatatkan dagangan memberangsangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kebimbangan yang ditimbulkan sesetengah pihak sebelum penyenaraian akhirnya dijawab sendiri oleh pasaran pada hari pertama memasuki Bursa Malaysia.

"Pada hari pertama, lebih banyak yang berminat untuk membeli saham berbanding menjualnya dan harganya telah melonjak.

"Ini merupakan perkembangan positif kerana saya fikir ia akan memberi satu momentum kepada bursa kita yang seterusnya akan menarik perhatian pelabur," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pengarah ICU, Datuk Shukry Mohd. Salleh.

Beliau mengulas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia kelmarin yang mencatatkan kenaikan premium sebanyak 19 peratus berbanding harga tawaran RM4.55 sesaham dan pada harga RM5.30 pada penutup dagangan.

Mengulas lanjut, Nor Mohamed memberitahu, penyenaraian FGV merupakan satu sejarah penting kerana ia akan melonjakkan pasaran Bursa Malaysia sekali gus menarik tumpuan syarikat-syarikat luar.

"Ini merupakan satu perkara penting kerana ada syarikat tempatan yang mempunyai modal besar telah disenaraikan dan ia telah membawa manfaat kepada semua pihak yang terlibat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment