My Add

Sunday 1 July 2012

Terima surat ugutan, peluru

*U. THAMOTHARAN menunjukkan sebutir peluru dan surat ugutan yang diterimanya, manakala S. Nallakaruppan (kanan) mempamerkan laporan polis berhubung kes tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

Oleh ROZIANAH RISMAN
KUALA LUMPUR, SABTU, 30 Jun, 2012: Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) hari ini membuat laporan polis selepas menerima sepucuk surat berunsur ugutan beserta sebutir peluru yang diposkan ke peti surat di pejabatnya di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini semalam.

Pengadu, U. Thamotharan, 45, yang juga ahli perniagaan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan ditemani oleh sahabatnya yang juga Penasihat Perinnbam, Senator Datuk S. Nallakaruppan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment