My Add

Tuesday 3 July 2012

Tiga beradik nahas di Langkawi selamat dikebumikan

LANGKAWI, SELASA, 03 Julai, 2012: Tiga beradik warga asing berketurunan Arab yang maut dalam kemalangan jalan raya di Ayer Hangat, Sabtu lepas dikebumikan di tanah perkuburan Masjid A'ishah, Sungai Menghulu di sini, petang semalam. 

Imam masjid berkenaan Othman Yahaya berkata pengkebumian itu diadakan selepas solat Asar kira-kira jam 5.30 petang semalam di mana ketiga-tiga beradik itu ditanam dalam satu liang. 

"Lebih 50 orang termasuk keluarga terdekat adik-beradik itu dan penduduk tempatan menghadiri pengebumian itu," katanya. 
Tiga beradik itu ialah Miriam Mohamad Maisara Hameed, 26, Alaa Muhamad Maisara Abdul Hamid, 16, dan Muhamad Mayara Abdul Hamid, 18. 

Kejadian Sabtu lalu membabitkan pelanggaran sebuah teksi dan lori simen mengakibatkan empat orang maut termasuk pemandu teksi Zuber Ibrahim, 42, dengan tiga mangsa lagi adalah penumpang teksi terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment