My Add

Sunday 29 July 2012

Nasib malang lima penjenayah

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Julai, 2012: Malang menimpa lima penjenayah. Sudahlah gagal dalam dua cubaan samun, kemudian cedera pula selepas terlibat dalam kemalangan.

Kelima-lima lelaki itu yang merupakan rakyat tempatan berusia antara 19 hingga 25 tahun cedera setelah kereta mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Taman SPPK, Segambut, dekat sini awal pagi ini.

Kereta jenis Proton Waja dinaiki kumpulan itu bertembung dengan sebuah Proton Gen2 dinaiki lima wanita warga Thailand kira-kira pukul 4 pagi.

Berikutan itu, salah seorang suspek cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur manakala empat rakannya dan lima wanita asing berkenaan cedera ringan dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Kenderaan suspek dikatakan memecut laju selepas dikejar pasukan polis yang mengesan mereka di Jalan Templer. Kumpulan itu dikatakan cuba menyamun kedai besi buruk di Rawang namun gagal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment