My Add

Wednesday 4 July 2012

Mayat bayi ditemui terapung di loji kumbahan

KUALA LUMPUR, RABU, 04 Julai, 2012: - Mayat seorang bayi perempuan ditemui terapung di loji kumbahan Indah Water Sepakat Indah, Sg. Chua, Kajang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mayat bayi perempuan yang cukup sifat itu dijumpai pada pukul 4.41 petang oleh seorang lelaki yang kebetulan lalu di kawasan loji kumbahan itu.

"Siasatan awal polis mendapati mayat bayi itu dibuang dalam ruang kumbahan pangsapuri sebelum hanyut ke loji utama,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment