My Add

Wednesday 4 July 2012

Rakyat Malaysia sumbang RM4 juta kepada Palestin

TELOK KEMANG, SELASA, 03 Julai, 2012: Sebanyak RM4 juta sumbangan rakyat Malaysia telah disalurkan kepada rakyat Palestin sejak 2010 sehingga pertengahan tahun ini melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Palestin Malaysia iaitu Aqsa Syarif.

Ahli Lembaganya, Dr. Mohd. Zin Kandar berkata, antara barang yang disumbangkan adalah makanan, pakaian dan keperluan kecemasan.

"Sehingga kini Aqsa Syarif telah bekerjasama dengan tujuh NGO di Palestin, dua NGO di Beirut dan empat agensi swasta dan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat negara tersebut.

"Empat sektor kritikal yang ditekankan adalah makanan, kesihatan, pendidikan dan sosioekonomi.

"Kita juga berjaya melaksanakan projek kilang roti persahabatan Malaysia-Palestin di Gaza yang bernilai RM630,000 dan projek ternakan lembu serta projek akuakultur," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Ekspresi Gaza 2012 di Politeknik Port Dickson dekat sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment