My Add

Thursday 5 July 2012

MB anggap sebar video cerita lucu

MOHD ISKANDAR OTHMAN
  Khalid Ibrahim  
SHAH ALAM, RABU, 04 Julai, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan penyebaran videonya di Internet sebagai perkara lucu dalam karier politiknya

Mengulas sinis, Abdul Khalid ‘menggalakkan’ pihak terlibat penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam pejabatnya agar terus berbuat demikian supaya masyarakat dapat melihat beliau serius menjalankan tugasnya.

“Saya mendambakan diri dalam politik dan ini adalah perkara yang lucu jadi teruskanlah (sebara video terbabit).

“Pada saya tindakan itu menjengkelkan dan tidak bertanggungjawab tetapi saya harus menerimanya kerana ia ada lumrah kehidupan,” kata beliau hari ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan satu video CCTV tersebar di Internet selepas dimuat naik di Youtube.

Video 15 minit itu bagaimanapun tidak menunjukkan apa jua pendedahan, aksi panas atau motif penyebarannya.

Penyebaran video tersebut menimbulkan tanda tanya sama ada ia sebahagian rakaman kamera tersembunyi di belakang langsir dalam pejabat Abdul Khalid seperti didedahkannya pada Ogos 2008. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment