My Add

Saturday 28 July 2012

Pasukan khas bantu sekolah Tamil

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Julai, 2012: Satu pasukan petugas khas ditubuhkan bagi memantau dan membantu sekolah-sekolah Tamil yang memerlukan bimbingan untuk memohon Dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di bawah Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, C. Sivarraajh berkata, unit berkenaan ditubuhkan setelah pihaknya menerima pertanyaan daripada pihak sekolah berhubung cara dan proses bagi memohon dana tersebut.

“Pasukan ini akan diketuai saya sendiri dan dianggotai Pegawai Penerangan Kebangsaan Pemuda MIC, S. Subramaniam dan Setiausaha Kerja Kebangsaan Pemuda MIC, P. Punithan.

“Antara jenis bantuan yang ditawarkan oleh pasukan ini adalah membuat kertas cadangan, menyediakan dokumen-dokumen sokongan bagi membolehkan pihak sekolah memohon bantuan serta khidmat nasihat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment