My Add

Sunday 22 July 2012

Nahas helikopter: Mangsa terakhir ditemui

KUCHING, AHAD, 22 Julai, 2012: Mayat mangsa terakhir nahas helikopter di Sebuyau, kira-kira 150 kilometer dari sini pada Jumaat lalu, ditemui hari ini pada jam 7.40 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superitendan Mat Jusoh Mohamad yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata mayat arkitek, Henry Lau Tee Yong, 42, ditemui sekumpulan nelayan berhampiran Pulau Tereso, dekat Sebuyau. 

Katanya, mayat mendiang kemudian dibawa ke sebuah klinik berhampiran sebelum dipindah ke Hospital Umum Sarawak di sini. 

Sementara itu, beberapa pemimpin negeri dilihat menziarahi jenazah juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, di kediamannya di sini. 

Antaranya Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman dan Datuk Sng Chee Hua iaitu Pengerusi Sebiro Holdings, pemilik pesawat Eurocopter EC 120 malang itu. 

Jenazah Siti Khuzaimah yang merancang untuk berkahwin pada Disember ini akan dikebumi petang ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gita. 

Turut terkorban dalam nahas itu ialah jurutera Peter Ato Mayo, 53. Ketiga-tiga mereka dalam penerbangan untuk meninjau projek di Nanga Merit, Kapit. 
Juruterbang pesawat warga Jerman, Rico Steger, 35, berjaya diselamatkan oleh nelayan selepas berenang hampir empat jam dalam arus deras. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment