My Add

Sunday 15 July 2012

Polis saman peserta konvoi

PUTRAJAYA, SABTU, 14 Julai, 2012: Polis akan menyaman sebahagian penyokong Pas yang melanggar undang-undang termasuk menghalang lalu lintas dan melanggar lampu isyarat ketika konvoi kereta dan motosikal di sini pagi ini.

Difahamkan dalam kejadian itu mereka bertindak 'mengambil alih' tugas polis mengawal lalu lintas dengan menghentikan kereta lain dan melanggar lampu isyarat bagi melancarkan konvoi tersebut.

Ahli-ahli Pas mula berhimpun di Taman Seri Empangan berhampiran dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pukul 9 pagi sebelum berkonvoi dan memberi ceramah politik di beberapa tempat termasuk di gerai makan di Pusat Kejiranan Presint 9.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, kira-kira 500 penyokong Pas termasuk kanak-kanak telah menyertai konvoi tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment