KUALA LUMPUR, SELASA, 24 Julai, 2012: Sikap membisu Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap pertikaian dua rakan sekutunya, Pas dan DAP berhubung isu hudud menunjukkan parti itu tidak berani untuk berhadapan dengan masalah dalaman pakatan pembangkang.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian (gambar) berkata, PKR harus bersuara menyelesaikan perbalahan yang berlaku memandangkan ia melibatkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Tambah beliau, isu yang tidak kesudahan itu merumitkan kerjasama pembangkang yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
''Pada pilihan raya sebelum ini, mereka mengetepikan isu hudud seketika untuk memfokuskan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi ia tenggelam timbul memandangkan DAP dan Pas sehingga kini masih belum bersepakat mengenai perkara tersebut," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment