My Add

Tuesday 24 July 2012

Pelaburan baru RM10.67 bilion

*LAKARAN artis salah satu bangunan yang akan dibina di Iskandar Malaysia.

Oleh NURUL HUDA HASSAN
JOHOR BAHRU 23 Julai - Iskandar Malaysia, kawasan yang bakal menjadi sebuah metropolis kukuh, mapan dan bertaraf antarabangsa memperoleh RM10.67 bilion komitmen pelaburan baru dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, dengan pelaburan baru itu, jumlah kumulatif komitmen pelaburan yang direkodkan IRDA sejak 2006 hingga Jun tahun ini kini mencecah RM95.45 bilion.

Daripada jumlah komitmen pelaburan yang melibatkan pelbagai sektor itu, sebanyak 43 peratus berjaya direalisasikan dengan 62 peratus (RM58.95 bilion) melibatkan pelaburan domestik dan 38 peratus (RM36.5 bilion) mewakili pelaburan asing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment