My Add

Tuesday 24 July 2012

Universiti Indonesia lancar Akademi Solar

JAKARTA, SELASA, 24 Julai, 2012: Universiti Indonesia (UI) hari ini melancarkan Akademi Solar, iaitu institusi pendidikan dan latihan tenaga suria yang pertama di Asia Tenggara. 

Akademi yang diletakkan di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan UI itu dilancarkan semasa berlangsungnya seminar bertajuk Tenaga Solar Untuk Masa Depan Kita di kampus universiti itu di Depok.

Ketua Pejabat Komunikasi UI, Siane Indriani, berkata Akademi Solar itu diwujudkan dengan kerjasama sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui dari Jerman iaitu Inutec Solarzentrum. 

Katanya, Indonesia adalah negara yang kaya dengan potensi sumber tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga suria yang mencecah hingga 4.8 kWh/m2 sehari, namun potensi tenaga suria itu belum dimanfaatkan secara sepenuhnya. 

Secara perbandingan dengan kapasiti penjanaan elektrik keseluruhannya di Indonesia sebesar 33.7 GW, sumbangan tenaga suria untuk penjanaan elektrik itu hanya 0.05 peratus. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment