My Add

Thursday 19 July 2012

Pelan Tindakan Keusahawanan IPT diperkenal

Oleh YULPISMAN ASLI
KOTA BHARU, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi (PKT) akan memperkenalkan Pelan Tindakan Keusahawan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akan menggariskan strategi-strategi bagi memastikan matlamat Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT dapat dicapai.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,

matlamat Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT antara lain untuk menyediakan negara dengan modal insan mempunyai ciri-ciri usahawan yang berketerampilan.

Selain itu, kata beliau, usaha menjayakan pendidikan keusahawan di IPT juga akan diperkukuhkan dengan merangkumi beberapa elemen iaitu, memupuk sikap peribadi positif dan kemahiran yang membentuk minda tingkah laku keusahawanan.

Elemen lain ialah, meningkatkan kesedaran pelajar untuk bekerja sendiri dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, penggunaan kaedah berasaskan amalan dan penyediaan kemahiran asas perniagaan untuk bekerja sendiri.

"Tuntasnya, pendidikan keusahawanan ini tidak sepatutnya hanya dikaitkan dengan perniagaan am dan ekonomi secara umum, kerana matlamatnya adalah untuk menggalakkan kreativiti, inovasi dan mencipta kerjaya sendiri," katanya di sini hari ini.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Agenda Keusahawanan dan Industri Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment