My Add

Friday 20 July 2012

Polis bantuan hanya berkuasa tahan penjenayah

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 20 Julai, 2012: Polis bantuan yang ditempatkan di pusat beli belah hanya mempunyai kuasa menahan penjenayah dan sebarang tindakan lanjut perlu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene berkata, mereka tidak diberi kuasa untuk menyoal siasat atau melakukan sebarang tindakan kekerasan.

"Kehadiran polis bantuan di pusat beli belah ini adalah satu usaha yang dijalankan bagi membantu PDRM mencegah serta mengurangkan kes-kes jenayah di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Mortadza berkata, 22 polis bantuan daripada pusat beli belah di ibu kota adalah antara 97 peserta latihan di Pulapol di sini, ketika ini.

Latihan yang diberikan antaranya meliputi kursus kawad, latihan jasmani, seni mempertahan diri, menembak, undang-undang, penyeliaan dan rondaan bagi meningkatkan kemahiran pelatih-pelatih polis bantuan daripada pelbagai agensi, katanya.

Mereka menjalani latihan sejak 10 Jun lepas dan dijangka tamat latihan pada 10 Ogos sebelum berkhidmat semula dengan agensi masing-masing. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment