My Add

Saturday 14 July 2012

SEDA timbang tindakan undang-undang terhadap Tony Pua

PUTRAJAYA, JUMAAT, 13 Julai, 2012: Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Tony Pua, berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan. 

Walaupun enggan mengulas persoalan yang ditimbulkan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu mengenai isu berkenaan, Pengerusi SEDA, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, berkata kenyataan Pua itu adalah tuduhan serius terhadap beliau. 

Fong berkata, beliau dimaklumkan bahawa Penasihat Undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan meneliti kenyataan Pua itu sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil. 

"Ini untuk menentukan sama ada SEDA dan kementerian boleh mengambil tindakan undang-undang (terhadap Pua)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Fong yang enggan memberi penjelasan terperinci mengenai proses pemilihan syarikat dan kelayakan yang diperlukan, berkata "peguam sedang menelitinya". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment