My Add

Sunday 8 July 2012

'Silap jika mahu tawan Johor'

*AHMAD Zahid Hamidi (tiga dari kanan) diiringi oleh Mohamed Khaled Nordin (dua dari kiri) disambut meriah bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, di UniKL MITEC, Pasir Gudang, Johor, semalam.

Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, SABTU, 07 Julai, 2012: Pembangkang tersilap percaturan sekiranya mahu menawan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana rakyat negeri ini mengenali sikap sebenar parti berkenaan yang disifatkan sebagai 'saudagar janji'.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang gagal menunaikan janji-janji pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya terus menabur janji baru seperti yang dilakukan di Perak dan Selangor.

"Kita dapat tahu pemimpin parti pembangkang ini kerap turun ke Johor setiap minggu untuk ambil alih Johor, tetapi mereka silap percaturan sekiranya mahu menjadikan Johor seperti Perak dan Selangor," katanya. - UTUSAN



No comments:

Post a Comment