My Add

Sunday, 29 July 2012

SSM, LHDN didesak siasat Suaram

KUALA LUMPUR, SABTU, 28 Julai, 2012: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) didesak menyiasat dan menjelaskan status sebenar Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat swasta dan bukannya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong berkata, desakan itu dibuat selepas Pengarah Suaram, Kua Kia Soong dan bekas pemimpinnya, R. Sivarasa terus berdiam diri meskipun dicabar oleh pelbagai pihak.

"SSM dan LHDN perlu bekerjasama menjelaskan kedudukan Suaram kerana ia telah menyalahgunakan namanya sebagai NGO selama 25 tahun dan masih terus mengutip derma daripada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semakan dokumen awam SSM mendapati, Suaram adalah sebuah syarikat didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran 562530-P - UTUSAN

No comments:

Post a Comment