My Add

Friday 20 July 2012

Tanah kerajaan diceroboh

*NOR Hisham Ahmad Dahalan bersama Penolong Pegawai Tanah Mukim Batang Kali, Mohd. Fadhli (kanan) melihat kemusnahan Bukit Beruang yang diceroboh di salah satu kawasan Bukit Beruntung,
Selangor, semalam.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
HULU SELANGOR, KHAMIS, 19 Julai, 2012: Hampir keseluruhan tanah kerajaan di Bukit Beruang, mukim Serendah di sini diceroboh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengusahakan kebun kelapa sawit atau getah.

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan berkata, hutan berkeluasan kira-kira 404 hektar itu dipercayai diceroboh sejak kira-kira dua minggu lalu.

Kata beliau, pihaknya mengesyaki pencerobohan itu ada kaitan dengan sindiket yang membuka kawasan dan menjual tanah itu dengan harga kira-kira RM15,000 seekar.

"Kami akan mengambil tindakan mengenai perkara ini dan esok akan datang semula ke tempat ini bersama pihak polis," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment