My Add

Wednesday 15 August 2012

30,000 liter diesel subsidi bernilai RM54,000 dirampas

KUANTAN, RABU, 15 Ogos, 2O012: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri menyerbu sebuah kilang industri kecil dan sederhana (IKS) dan merampas 30,000 liter minyak diesel subsidi bernilai RM54,000 yang diselewengkan di Kawasan Perindustrian Semambu di sini hari ini.

Turut disita dalam serbuan itu lima lori muatan tiga tan termasuk sebuah lori tangki yang digunakan membeli dan menjual semula bahan api itu kepada pihak industri pada harga lebih rendah daripada yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pengarahnya, Mohd. A. Aruwan Ab. Aziz berkata, satu pasukan telah ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan tersebut yang dipercayai beroperasi sejak dua bulan lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment