My Add

Wednesday 8 August 2012

3,144 anggota JPAM bertugas dalam "Ops Bantu V"

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 2012: Sempena sambutan Aidilfitri kali ini, sebanyak 3,144 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan ditugaskan dalam "Ops Bantu V" yang bermula dari 16 hingga 26 Ogos ini.

JPAM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, operasi kali ini juga diperluas ke Sabah dan Sarawak.

"Ini bermakna, keseluruhan 14 Pejabat Negeri Pertahan Awam (PNPA) akan terlibat. Ops Bantu V turut melibatkan hampir 71 Pejabat Negeri Pertahanan Awam Daerah (PDPA) merangkumi 72 laluan rondaan.

"Secara keseluruhan, Ops Bantu V akan melibatkan 124 buah kenderaan terdiri daripada 71 kenderaan empat roda dan 53 buah motosikal," kata kenyataan itu.

Jumlah itu bagaimanapun tidak meliputi 111 ambulans JPAM yang bersedia di Pusat Kawalan Operasi JPAM.

Menurut kenyataan itu operasi akan dijalankan selama 16 jam sehari, melibatkan dua syif, iaitu 8 pagi hingga 4 petang dan dari 4 petang hingga 12 malam. - Bernama

No comments:

Post a Comment