My Add

Wednesday 8 August 2012

PGA patah cubaan seludup mercun bernilai RM150,000

RANTAU PANJANG, RABU, 8 Ogos, 2012: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Sembilan mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis mercun dari negara jiran dianggarkan bernilai RM150,000 dalam operasi di Kampung Bukit Pak Junoh, Batu Karang, dekat sini awal pagi ini.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion Sembilan, Supritendan Mohd. Abduh Ismail berkata, rampasan dibuat kira-kira pukul 3.45 pagi selepas anggotanya terserempak sebuah van yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Bukit Tanda ke Batu Karang.

Menurutnya, pemandu van berkenaan bertindak melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan meninggalkan van tersebut setelah menyedari kehadiran anggota PGA.

"Hasil pemeriksaan mendapati van tersebut mengandungi pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM150,000.

"Pihak kami percaya mercun ini diseledup ke negara ini untuk pasaran luar Kelantan," katanya kepada pemberita di Markas PGA Taman Bakti, dekat sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment