My Add

Tuesday 7 August 2012

32,000 pegawai dan anggota JPAM bertugas Aidilfitri ini

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Seramai 32,000 pegawai dan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan bertugas sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan pada sambutan Aidilfitri nanti.


Ketua Pengarah JPAM, Datuk Sulaiman Keling berkata, anggota berkenaan akan ditugaskan di 97 pusat kawalan operasi daerah di seluruh negara, dan akan turut membantu pasukan keselamatan lain memberikan bantuan kecemasan kepada pengguna jalan raya yang terbabit dalam kemalangan di lokasi-lokasi yang sudah ditetapkan.

"Sejak 2010, kita lancarkan satu operasi khusus sempena musim perayaan dikenali 'Ops Bantu' bagi memberikan bantuan kecemasan di lebuh raya," katanya ketika berucap pada majlis Jalinan Ramadan 2012 bersama pasukan keselamatan anjuran Pergerakan Wanita UMNO, di sini hari ini.

Bagi Ops Bantu kali ini, Sulaiman berkata 3,144 pegawai dan anggota akan terlibat dalam operasi yang tertumpu kepada 72 lokasi di lebuh raya dan jalan raya yang dikenal pasti mempunyai risiko berlakunya kemalangan.

Katanya, lebih 200 kenderaan akan digunakan dalam operasi itu bagi memberikan bantuan kecemasan kepasa mangsa kemalangan.

"Operasi ini lebih menumpukan kepada jalan-jalan yang berisiko tinggi dan dengan menggunakan konsep 'ronda dan rawat' kita akan berikan apa saja bentuk pertolongan cemas yang diperlukan mangsa kemalangan," katanya.

Beliau berkata sejak dilancarkan pada 2010, statistik Ops Bantu menunjukkan 1,515 kes kemalangan berjaya dibantu dengan purata 116 kes sehari termasuk kes kemalangan maut, kemalangan kecil dan kerosakan kecil pada kenderaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment