My Add

Wednesday 8 August 2012

Polis buru dua beradik mangsa pembunuhan kejam

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Ogos, 2012: Polis kini memburu dua lelaki dipercayai adik kandung mangsa pembunuhan kejam iaitu seorang warga Vietnam manakala isterinya parah dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Mahkota Cheras di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, selepas kejadian, suspek yang dipercayai tinggal bersama mangsa dan isterinya, bertindak menghilangkan diri.

"Menurut maklumat daripada jiran terdekat, semasa kejadian, tiada individu lain dilihat di kawasan rumah mangsa, dan itu membuatkan polis tidak menolak kemungkinan adik mangsa terbabit dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment