My Add

Monday 6 August 2012

40 pusat latih pelajar vokasional antarabangsa dilantik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Sebanyak 40 pusat latihan bertauliah di seluruh negara dilantik bagi melatih pelajar antarabangsa di bawah program SkillsMalaysia International Technical Educational & Vocational Training Programme in Malaysia (INVITE) anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Ketua Pengarah JPK, Dr. Pang Chau Leng berkata, setakat ini seramai 96 orang pelajar antarabangsa sedang menjalani latihan sepertimana kursus yang terdapat dalam Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah program latihan pendidikan teknikal dan vokasional itu di semua pusat bertauliah itu.

"Di bawah program ini, kami hanya menawarkan sebanyak 150 kursus vokasional sahaja di kesemua 40 pusat bertauliah ini kepada pelajar-pelajar antarabangsa seperti hospitaliti, kejuruteraan, masakan dan sebagainya kerana bilangan pelajar antarabangsa tidak ramai.

"Kami sedang mengenal pasti pelajar-pelajar antarabangsa untuk menyertai latihan di bawah program itu di samping memperkenalkan Malaysia sebagai pusat latihan kecemerlangan vokasional di persada antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Pusat Bertauliah Antarabangsa Program SkillsMalaysia INVITE siri 2/2012 di sini, hari ini.

Chau Leng berkata, pihak JPK turut menggunakan pendekatan institusi pengajian tinggi dalam usaha menarik lebih ramai pelajar antarabangsa mengikuti program pengajian vokasional di bawah SkillsMalaysia INVITE.

"Kami mensasarkan pada tahun ini, seramai 1,000 pelajar antarabangsa dapat mengikuti program pengajian itu dan kami yakin dengan menggunakan pendekatan yang sama dapat menarik lebih daripada 7000 pelajar antarabangsa datang ke negara kita untuk mengikuti program pengajian vokasional,” katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment