My Add

Monday 6 August 2012

YIT dijangka catat keuntungan hampir RM50 juta

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Yayasan Islam Terengganu (YIT) dijangka meperolehi keuntungan bersih hampir RM50 juta apabila membangunkan beberapa bidang tanah miliknya di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Md Kamaru Al-Amin Ismail berkata YIT dijangka memperolehi keuntungan bersih hampir RM30 juta apabila sebidang tanah milik anak syarikat kerajaan negeri itu, yang terletak di tengah bandar ini, dibangunkan oleh pemaju hartanah swasta menjelang hujung tahun ini.

Katanya tanah yang akan dibangunkan itu, yang kini masih menjadi tapak meletak kenderaan, merupakan projek pembinaan sebuah menara setinggi 20 tingkat yang dianggarkan menelan belanja RM100 juta berhadapan rumah pangsa Kampung Kolam di sini.

"Kami baru selesai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan satu syarikat tempatan untuk membangunkan kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

YIT sudah terima pendahuluan RM1.5 juta bagi pembangunan kawasan seluas kira-kira 2.2 hektar itu.

Mengulas lanjut mengenai projek itu, beliau berkata perlaksanaan projek itu dijadual bermula September ini apabila segala urusan dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selesai.

Katanya projek yang menyediakan rumah kedai dan hotel serta menara itu dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi dan bakal menjadi mercu tanda YIT yang terbaharu di bandar ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment