My Add

Sunday 12 August 2012

4,430 dikecuali bayar PTPTN

TEMERLOH, AHAD, 12 Ogos, 2012: Seramai 4,430 orang lagi pelajar dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya.

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Ismail Said berkata, pengecualian tersebut membabitkan peruntukan RM116.230 juta.

"Sehingga 30 Jun lepas, seramai 13,011 pelajar telah dikecualikan daripada membayar balik pinjaman kerana cemerlang dalam pelajaran membabitkan peruntukan sebanyak RM370.70 juta,” katanya kepada Bernama selepas majlis berbuka puasa bersama saudara baru Orang Asli di Kampung Penderas Kuala Krau semalam. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment