My Add

Thursday 16 August 2012

531 pekerja asing disenarai hitam

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, RABU, 15 Ogos, 2012: Jabatan Imigresen menyenaraihitamkan seramai 531 pekerja asing yang dimohon sembilan buah syarikat di negara ini daripada memasuki negara ini setelah terlibat dalam kegiatan sindiket mencuri kuota pekerja warga asing.

Kesemua pekerja itu sepatutnya bekerja di negara ini setelah syarikat masing-masing membayar levi kepada kerajaan untuk kuota pekerja asing di seluruh negara.

Tindakan itu diambil selepas Jabatan Imigresen mendapati mereka tersenarai dalam nama yang didaftarkan oleh sindiket curi kuota pekerja asing tanpa pengetahuan syarikat-syarikat terbabit.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad, (gambar) pekerja-pekerja asing tersebut disekat kemasukan mereka selepas Imigresen mendapati syarikat-syarikat yang tertipu itu tampil membuat laporan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment