My Add

Monday 13 August 2012

80 peniaga dikompaun jual rokok bawah harga minimum

KUALA LUMPUR, ISNIN, 13 Ogos, 2012: Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun berjumlah RM40,000 kepada 80 peniaga di seluruh negara kerana kesalahan menjual rokok pada harga di bawah RM7 sekotak iaitu di bawah harga minimum ditetapkan kerajaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, operasi penguatkuasaan peringkat kebangsaan bagi siri ketujuh tahun ini yang dinamakan "Ops Basuh II" di seluruh negara sejak Julai lepas, adalah bagi memastikan peniaga mengikut garis panduan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment